Era Perang Dingin Maybach_1_dan_2

Dua bunker Maybach ini sebahagian besarnya telah dimusnahkan oleh Tentera Merah pada penghujung tahun 1946, mengikut ketetapan perjanjian empat kuasa yang menduduki Jerman dan satu arahan Majlis Kawalan Kuasa Bersekutu, sungguhpun terdapat beberapa bangunan yang terselamat,termasuk kubu komunikasi Zeppelin yang hampir tidak rosak sepenuhnya. Bunker Zeppelin membentuk sebahagian daripada pengkalan era Perang Dingin Soviet di Wünsdorf dengan nama Ranet. Kelengkapan kubu kemudiannya ditambah lagi untuk menempatkan pusat kawalan dan komunikasi yang digunakan oleh tentera darat Soviet di Jerman Timur. Tapak bunker ini telah dinyahtentera selepas penutupan pengkalan tentera pada tahun 1994, apabila askar terakhir Rusia meninggalkan Jerman.